LE TOUR DE LANGKAWI 2019:

HEBAHAN UMUM MENGENAI LOKASI PENAMAT DAN ACARA SAMPINGAN

 

Penganjur Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) ingin menghebahkan mengenai beberapa kawasan yang akan terlibat sebagai lokasi penamat bagi perlumbaan tersebut yang akan bermula dari 6 hingga 13 April 2019 ini.

 

Untuk makluman orang ramai, pelbagai aktiviti sampingan juga akan dianjurkan di lokasi-lokasi tersebut bagi peringkat-peringkat perlumbaan di seluruh negara.

 

Berikut adalah maklumat mengenai lokasi penamat perlumbaan yang akan terlibat:

PERINGKAT

TARIKH

(2019)

LOKASI PENAMAT

ANGGARAN MASA KETIBAAN PESERTA

1

6 April

Tampin Square, Tampin

Lebih kurang 4 petang

2

7 April

Dataran Pahlawan, Melaka

3

8 April

Palace of Justice, Putrajaya

4

9 April

Resorts World, Genting Highlands

5

10 April

Dataran Warisan, Taiping

6

11 April

Masjid Zahir, Alor Setar

Lebih kurang 12:30 petang

7

12 April

Underwater World, Pantai Cenang, Langkawi

Lebih kurang 4 petang

8

13 April

Pekan Kuah, Langkawi

 

ACARA SAMPINGAN

(Aktiviti-aktiviti di bawah akan dianjurkan di peringkat-peringkat perlumbaan yang terpilih, kecuali di Genting Highlands)

  1. Tayangan siaran langsung aksi perlumbaan di layar bermula pada 3.30 petang kecuali bagi Peringkat 6 di Alor Setar.
  2. Ulasan langsung dari dalam perlumbaan oleh pasukan-pasukan bagi jarak 50 kilometer terakhir.
  3. Pertunjukan Tatu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  4. Jualan produk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) serta trak makanan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
  5. Persembahan aksi BMX.
  6. Kejohanan mini basikal dalam gelanggang.
  7. Aktiviti oleh kumpulan penaja.
  8. Aktiviti oleh Institut Sukan Negara.
  9. Aktiviti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  10. Acara sukan rakyat dan tradisional.
  11. Persembahan pancaragam sekolah.
  12. Persembahan tarian kebudayaan dan silat.

 

Sila ambil perhatian bahawa acara sampingan di atas akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga tamat setiap perlumbaan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara yang dirancang di setiap lokasi penamat. Sementara itu, pihak penganjur berharap hebahan ini dapat memudahkan masyarakat tempatan untuk membuat persiapan awal bagi melancarkan sebarang urusan lalu lintas di sekitar kawasan yang terlibat pada hari perlumbaan.

 


Don't forget follow us via: