KAMI SUDAH BERSEDIA – AHMAD MUSTAFA

BAGAN, PULAU PINANG - Berbaki lima hari menjelang saingan jelajah berbasikal terbesar di rantau Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi 2019, persiapan kini memasuki fasa akhir dan berjalan mengikut perancangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi 2019, Datuk Ahmad Mustafa berkata pihak penganjur, Human Voyage Sdn Bhd sudah bersedia untuk menerima kehadiran pasukan.

“Daripada segi persediaan kita untuk menganjurkan perlumbaan ini, kita sudah bersedia untuk menguruskan perlumbaan ini sebaik mungkin.

“Untuk Makluman, pelumba pelumba akan mula datang secara berperingkat bermula Rabu ini (3 April 2019) sehingga Jumaat,” kata Datuk Ahmad Mustafa ketika sidang media pengumuman penutup jalan raya di sekitar Pulau Pinang bersempena Le Tour de Langkawi 2019.

Pulau Pinang akan menjadi hos bagi perlumbaan peringkat keenam yang akan bermula dari perkarangan Dewan Dato Ahmad Badawi, Bagan menuju ke Alor Setar, Kedah melibatkan jarak perlumbaan sejauh 130.8 kilometer pada 11 April 2019.

Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee nyata gembira dengan pemilihan negeri itu sebagai salah satu daripada laluan yang terdapat dalam saingan jelajah berstatus 2.HC edisi ke 24 tahun ini.

“Pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memilih negeri ini sebagai salah satu lokasi bagi kejohanan yang berprestij sekaligus menjadikan Pulau Pinang tumpuan bagi peminat sukan seluruh dunia,”kata Soon.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis diRaja Malaysia (PDRM) IPK Pulau Pinang, DSP Zafri Zolkapli menjelaskan kerjasama diantara PDRM di Pulau Pinang dan agensi lain akan diterapkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan perlumbaan peringkat keenam ketika itu.

“Kita ada bantuan daripada unit trafik dari seluruh Pulau Pinang dan jumlah dianggarkan 200 orang, tidak termasuk daripada agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,”kata Zafri.

Penutupan laluan bermula jam 12.00 tengah malam pada 11 April melibatkan laluan di perkarangan Dewan Dato Ahmad Badawi.

Manakala penutupan laluan secara berperingkat akan mula dilaksanakan melibatkan 12 laluan antara Bagan Ajam, Telok Air Tawar, Titi Mukim, Permatang Pak Elong dan Permatang Sintok.

Peminat sukan di Malaysia dan Eropah boleh mengikuti siaran langsung perlumbaan selama 90 minit dan rangkuman harian selama 30 minit di saluran RTM dan Eurosports di sepanjang lapan hari acara. Penganjur menganggarkan jangkauan liputan ke lebih 100 negara membabitkan 310 juta penonton televisyen dan 70 juta lagi menerusi Cycling.TV.

Pelbagai acara sampingan dan acara berbentuk karnival akan dianjurkan untuk menarik kehadiran dan penyertaan orang ramai si sepanjang laluan dan juga venue mula dan penamat.

 

Nama Jalan / Kawasan

Tempoh Penutupan

Mula

Tamat

PULAU PINANG

6:30 AM

12:00 PM

 Jalan Kampung Gajah -  Bagan Ajam - Teluk Air Tawar - Titi Mukim - Permatang Pak Elong - Permatang Sintok - Permatang Tok Loba - Kepala Batas - Lahar Ikan Mati - Permatang Tinggi A - Bumbung Lima - Kampung Jambatan Merdeka

 

FOTO KAPSYEN

LTDL 1 - (Dari kiri) Datuk Ahmad Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif, LTDL 2019; YB Soon Lip Chee, Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang; DSP Zafri Zolkapli, Timbalan Ketua Jabatan, Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPK Pulau Pinang.

SAPURA WILL RISE TO THE CHALLENGE

KUALA LUMPUR: After three months of preparations, Sapura Cycling Team will be ready for the 24th edition of Le Tour de Langkawi which will be contested from April 6 to 13.

 

Team manager Sayuti Zahit said the team's focus will be on the ultimate target of the yellow jersey, apart from the Asian riders' jersey through three promising young riders lined up for the eight-stage tour which will begin in Kuala Lumpur and end in Langkawi, covering a total distance of 1,226.1km.

 

Sayuti stated that the fourth stage from Shah Alam to Genting Highlands will be the most important stage and Sapura's strategy will be built around that stage in their third appearance in the race, touted as Asia's biggest race.

 

Read more ...

‘MR LANGKAWI’ GUARDINI KEMBALI UNTUK BURU LEBIH BANYAK KEJAYAAN

KUALA LUMPUR: Pemegang rekod terbanyak kemenangan peringkat Le Tour de Langkawi Andrea Guardini kembali memeriahkan kehangatan saingan jelajah berbasikal yang memasuki edisi ke 24 tahun ini bersama sama lima pelumba kelahiran Itali untuk pasukan Pro Benua, CSF Bardiani.

Guardini pastinya terus menjadi tumpuan bagi perebutan jersi Hijau selaku Raja Pecut bagi saingan LTdL yang dijadual bermula dari 6 hingga 13 April.

Pelumba kelahiran Tregnano berusia 29 tahun ini mendapat gelaran Mr Langkawi selepas melakar sejarah tersendiri dengan meraih lima kemenangan peringkat termasuk kedudukan teratas bagi saingan raja pecut meskipun membuat penampilan pertama pada 2011 di mana beliau beraksi untuk pasukan Farnese Vini ketika itu.

Sehingga kini, tiada pelumba yang mendominasi kategori Raja Pecut di perlumbaan berstatus 2.HC ini dan rekod yang dipegang membuktikan betapa mendalam minatnya terhadap sukan ini.

Read more ...

SAPURA SAHUT BERI CABARAN

KUALA LUMPUR: Persiapan lebih rapi sejak tiga bulan lalu, meletakkan pasukan benua Asia, Sapura Cycling Team lebih bersedia untuk menghadapi saingan edisi ke-24 Le Tour de Langkawi 2019 yang bakal membuka tirainya pada 6 hingga 13 April ini.

 

Malah, Pengurus Pasukan Sapura, Sayuti Zahit memfokuskan jersi kuning sebagai sasaran utama, selain jersi pelumba terbaik Asia menerusi tiga pelumba muda berbakat besar yang akan diturunkan dalam jelajah lapan peringkat, yang bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi, membabitkan jarak keseluruhan 1,226.1km.

 

Menurut bekas pelumba kebangsaan itu, Peringkat 4 dari Shah Alam ke Genting Highlands amat penting dalam perancangan dan strategi Sapura untuk merealisasikan impian besar mereka pada 2019 ini - tahun ketiga mereka bergelar pasukan benua Asia.

Read more ...

"MR.LANGKAWI" GUARDINI RETURNS FOR MORE FUN IN THE SUN

KUALA LUMPUR: Le Tour de Langkawi (LTdL) record stage winner Andrea Guardini returns with all-Italian UCI Professional Continental squad Bardiani-CSF for the 24th edition of the race on April 6 to 13, as the provisional favourite for sprinters' green jersey.

With 24 LTdL stage wins to his name, the 29-year old from Tregnano has earned the nickname "Mr. Langkawi" after exploding onto the scene with five stage wins and the points classification title in his debut in the race in 2011 with the Farnese Vini team.

No other rider has dominated the sprints in a 2.HC race like Guardini has in LTdL and his runaway record shows just how much he loves the race having, since his professional debut in 2011, only missed the 2017 edition when he rode that season with the UAE Abu Dhabi team, which did not compete here.

In all, 24 out of Guardini's 42 career wins to date, have come in LTdL.

Read more ...
Page 3 of 5
Don't forget follow us via: