LE TOUR DE LANGKAWI 2019: HEBAHAN UMUM MENGENAI PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN

Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 ingin mengumumkan bahawa terdapat beberapa penutupan jalan dan lencongan yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia untuk semua jenis kenderaan bagi mengawal pergerakan perlumbaan LTdL 2019 bermula daripada 6 sehingga 13 April 2019, di 13 lokasi yang berbeza.

 

Orang ramai serta peminat sukan berbasikal yang bercadang untuk menyaksikan aksi perlumbaan LTdL atau menyertai aktiviti sampingan adalah dinasihatkan untuk:

 

  • Membuat perancangan awal dan menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam.
  • Mematuhi arahan Polis Trafik dan tanda-tanda lalu lintas untuk keselamatan serta aliran lalu lintas yang lancar.

 

Butiran penutupan jalan yang akan dilaksanakan adalah seperti jadual di bawah.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdL 2019 di www.ltdlangkawi.my atau media sosial @ltdlangkawi (Facebook, Twitter dan Instagram).


Don't forget follow us via: